JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang, di Pasir Gudang, tiga tahun lalu, berjaya memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan.
Ia selepas Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Februari lalu, memerintahkan syarikat yang dilantik kerajaan negeri itu, membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh, 49.
Berdasarkan alasan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Sabtu lalu, Hakim, Sazlina Safie berkata, Razali selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya, apabila syarikat terbabit gagal memfailkan sebarang hujahan bertulis atau lisan, sehingga ke tarikh keputusan berkenaan dibuat.
Katanya, lubang itu masih kekal rosak, tanpa sebarang pembaikan, sejak kejadian berlaku pada 11 Februari 2021 sehingga kerja-kerja penggalian pada 29 September 2022.
Selain itu beliau berkata, syarikat berkenaan selaku defendan pertama telah memplidkan kenyataan yang bercanggah, bahawa mereka tidak menjumpai lubang di jalan tersebut.
Bagaimanapun katanya, kerosakan didapati wujud akibat kerja-kerja kemudahan awam.
Susulan itu hakim ini berkata, mahkamah mendapati isu jalan berlubang di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui oleh defendan.
“Tidak dinafikan bahawa kecederaan yang dialami plaintif, adalah disebabkan kemalangan antara plaintif dengan kenderaan lain, tetapi jika tidak kerana plaintif terjatuh ke lubang dan hilang kawalan, kemalangan berkenaan tidak akan berlaku.
“Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala,” katanya.
Beliau berkata, menerusi pembelaan defendan pertama, syarikat itu menyatakan lubang berkenaan bukan di bawah tanggungjawabnya kerana lokasi kejadian melibatkan peranan syarikat utiliti lain berserta subkontraktor yang telah dilantik untuk menyelenggara.
Bagaimanapun, hakim ini berkata, defendan pertama, gagal membawa pihak ketiga, kontraktor atau pihak yang bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.
Oleh itu, mahkamah percaya defendan telah gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan berkenaan dan mereka bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).
“Justeru mahkamah menganugerahkan plaintif RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am,” kata hakim ini.
Pada 11 Februari 2021, Razali dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai namun terlanggar jalan berlubang di permukaan jalan berkenaan menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan.
Plaintif kemudian memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai defendan pertama dan kedua.
Bagaimanapun pada 16 Mei 2022, plaintif telah menarik balik saman terhadap responden kedua (kerajaan negeri).
Berikutan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen itu, syarikat penyelenggaraan itu dilaporkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 29 2024
Razali selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya, apabila syarikat terbabit gagal memfailkan sebarang hujahan bertulis atau lisan, sehingga ke tarikh keputusan berkenaan dibuat. -Gambar hiasan
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.
Elon Musk ke Bali untuk pelancaran Starlink
Elon Musk berada di Bali untuk melancarkan perkhidmatan Starlink dan kerajaan sudah membuat tawaran rasmi kepada Tesla untuk membuka kilang bateri di negara itu.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong.
Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso
Balu dan empat anak nelayan yang ditemui lemas ketika mencari rezeki di laut di Pulau Pinang pada 35 April lalu mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 35 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, malam tadi.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Bekas banduan ragut di Klang, lari ke Langkawi sebelum diberkas
Suspek diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari di kawasan sekitar Pekan Kuah, Langkawi sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas 13 jam bertarung nyawa
Mangsa berusia 30 tahun itu meninggal dunia jam 2 pagi, Isnin.
Penunggang motosikal maut digilis kereta
Mangsa cedera parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian.